Isnin, 1 April 2013

Getaran Jiwa - Buta

Buta

Mata boleh buta
satu atau dua-dua
tiada melihat apa-apa
gelita tiap ketika
tiada yang ingin jadi buta
hidupnya meraba-raba
raba itu raba ini
raba di sana sini
salah raba boleh kena
salah raba tak kena-kena
silap raba tak jumpa-jumpa
kalaulah hati jadi buta
hidup pasti azab seksa
tidak mengerti sesuatu makna
sesat terus sampai bila-bila
buta di sana tinggallah sendiri
tiada bantuan tiada pertolongan
gelita pekat likat
tidak mungkin sama sekali
mencari-cari jalan pulang
menuju-Mu Ya Ilahi.

 

Kelana Putra.
Mahligai-Cinta
Pantai Sura, Dungun.
Khamis 28 Mac 2013.